Kepentingan dalam agama Hindu. Hari_Deepavali

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Beberapa komuniti niaga India Utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

Cerita berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa sejarah penting yang berkaitan dengan Deepavali sejak kira-kira 2 juta tahun dahulu:

  • Kembalinya Maharaja Rama ke Ayodhya: Peristiwa ini berlaku semasa Treta Yuga, kira-kira 2 juta tahun dahulu di mana Deepavali meraikan kembalinya Maharaja Rama, pemerintah negeri Ayodhya, bersama ratunya Maharani Sita dan adindanya yang menjadi ketua medan tempur iaitu Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang hebat yang menyaksikan Maharaja Rama membunuh raja raksasa Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Maharaja Rama bergerak dari India Selatan (Sri Lanka) ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.
  • Keinsafan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati keinsafanNarakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seorang raksasa yang bijak dan berkuasa lalu menjadi takbur durjana dan mula mencetuskan huru-hara. Akhirnya dia menemui ajal di tangan Ratu Satyabhama, isteri DewaKrishna. Peristiwa ini berlaku di Dwapara Yuga sekitar beberapa ratus ribu tahun dahulu ketika avatar (jelmaan) Dewa Krishna. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Narakasura sedar akan kesalahannya lalu memohon maaf dan meminta dicucuri rahmat oleh ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), Narakasura turut meminta rakyat jelata supaya mengambil iktibar dari cerita hidupnya dan menyambut peristiwa keinsafannya dengan perayaan yang berwarna-warni.
  • Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, Mahadewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Mahadewa Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Mahadewa Shiva menerima Mahadewi Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
  • Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita. Purana

Kepentingan esoterik

Bunga merupakan hiasan yang tidak dapat dipisahkan dari Divali seperti juga hiasan yang lain.

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman. Seperti mana kita menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan (menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman).

Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan sembahyang. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti yang mendasari segalanya (Brahman).

Lima hari Diwali

Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.

  1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud "hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke-13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan besar.[1]
  2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura insaf, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan (bahasa Gujarat: Kali Chaudas).
    Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh lebih awal sebelum subuh seperti 4:00 pagi, bermandi minyak bijan dan memakai pakaian baru. Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan melukis kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka menjalankan puja istimewa dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang menyelamatkan dunia dari Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai bahawa bermandi sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di langit, bersamaan dengan bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu menjalankan Ganga Snaanam?".
    Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan keinsafan Narakasura. Oleh sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari secara besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai akan melakukan upacara tarpana (penghantaran air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga dipanggil Roop Chaturdashi
  3. Lakshmi Pujae: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali, apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk mengundang kemakmuran dan kesejahteraan.
  4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut sebagai Padva atau BaliPratipada — iaitu memperingati Raja Bali. Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.
  5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati: Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan ini amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-beradik yang disambut kini.

Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

  • Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun pada subuh.
  • Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan Lakshmi Puja, disusuli penyalaan pelita di rumah.

Rujukan

WikiPedia: Hari_Deepavali http://www.hindustantimes.com/news/specials/diwali... http://www.indif.com/nri/Festivals/Diwali.asp http://www.shanidham.com/astrology/hindu%20festiva... http://www.shanidham.com/astrology/hindu%20festiva... http://www.top-indian-recipes.com/blog/celebrate-w... http://amitkulkarni.info/pics/diwali-2007/ http://www.deepavali.info http://indianfestivals.info/diwali.html http://books.google.com.my/books?id=7lOc8ZoLV0wC&p... http://books.google.com.my/books?id=X_8eqaKrnQcC&p...